Khamis, 19 November 2009

ustaz ruzain syukur bertukar sekolah

Ustaz Ruzain Syukur b. Mansor adalah seorang guru j-QAF yang banyak idea dan kreatif, disenangi oleh rakan dan murid-murid. SK.Sawah Sempadan berasa berat hati melepaskan beliau tapi apakan daya beliau terpaksa bertukar jua. Jangan lupa kami ye.

Kat sini ade PERUTUSAN KENANG-KENANGAN dari ustaz.

Assalamualaikum,
Pertama-tamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan di blog SKSS yang indah ini. Tahniah buat Cikgu Zainuri yang menyediakan wadah untuk saya terus mengetahui perkembangan Sawah Sempadan yang bakal dirindui nanti.
Di kesempatan ini, saya memohon ribuan ampun dan maaf kerana terpaksa 'berhijrah' ke tempat baru yang saya sendiri agak berdebar menghadapinya.SK Telok Menegon, sekolah di pinggir Bandar Klang, dua sesi persekolahan serta mungkin dengan murid mencecah seribu orang rasanya.Tanggungjawab dan cabaran yang pasti berlipat kali ganda hebat.
Berada di Sawah Sempadan merupakan suatu nostalgia yang pasti tidak dapat dilupakan.Ketenangannya, sawah padinya menghijau, mesin bajaknya yang mengujakan anak murid saya, musim panennya, kenangan memandu ala formula one mengelak becak musim penen, main kejar kejar mengelak bertembung dengan mesin padi, masyarakatnya yang ramah, kenangan sukan sekolah 2 hari 2 malam, beraya sakan sehari semalam, camping dengan barbeque sotong dan ketamnya,air cincau kak Wok,warga guru yang begitu friendly, watak yang menyenangkan, suasana yang pasti saya rindui nanti.
Tiada cacat celanya keadaan di Sawah Sempadan.Keputusan yang amat berat ini saya ambil sebenarnya bersandar di atas kelemahan dan kekurangan saya sendiri.Hanya Allah sahaja yang mengetahui apakah HIKMAH di sebalik semua ini.Moga-moga Allah membimbing saya untuk terus konsisten dengan keputusan yang di ambil ini.
Saya berdoa agar Program j-QAF akan terus berjaya dengan usaha guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF serta semua warga guru dan pentadbir yang sememangnya berdedikasi.Maafkan saya kerana mengundur diri ketika program ini masih berbaki 3 tahun lagi untuk diselesaikan.Pasti ada hikmah di sebalik yang saya sendiri belum ketemu jawapannya
Jutaan terima kasih kepada warga guru Sawah Sempadan yang banyak membimbing saya sejak berada di dalam latihan lagi.
Tn. Guru Besar, Cikgu Ali yang sentiasa memberikan dorongan.Watak yang saya sanjungi.dalam tegasnya bervisi.Keterbukaannya menakjubkan saya.
Cikgu Alimah dengan watak keibuannya.
Cikgu Said dan Cikgu Khairul yang sentiasa membantu.
Sifu seperti Cikgu Zainal, Cikgu Zainuri, Ustazah Marumi-anda memang kaya dengan pengalaman.Terima kasih kerana membimbing saya.
Guru Panitia Agama Ustaz Mazlan, Ustzh Marumi, Ustzh Azizah-terima kasih di atas bimbingan kalian.
Buat Cikgu Zul , C.Helmi, Sir Ali, C.Hisham, C.Rosseri, C.Rohimi, C.Adanan, C.Rosseri
C,Jamhari, C.Zuraini,C.Mokhtar-anda sememangnya rakan dan sahabat yang baik.
Begitu juga C.Fadilah, C.Mislizah, C.Rohana,C.Zaidah, C.Rohaidah,C. Jamiiyah, C.Wati,K.Nita, K.Mala- kalian juga tidak akan dilupakan.
Buat Che' Din -terima kasih kerana banyak membantu.
Tidak dilupakan Rakan se j-QAF Ustazah Masni dan Nisa'.Apalah kiranya j-QAF tanpa kalian.Terima kasih yang tidak terhingga dari Day 1 di SKSS, praktikum, musim pemantauan, mengisi e-Laporannya, Kem Bestari Solatnya, banyak lagi.Terima kasih kerana banyak membantu saya di kala senang dan susah.Kalian memang insan yang serba boleh.
Moga-moga SKSS akan terus maju, terus membangun anak bangsa.Saya cukup yakin dengan kemampuan guru-guru dan kakitangan sekolah ini untuk bangun bagi menuju puncak jaya.Jatuh, kita sama-sama bangun.Lemah, kita sama-sama bantu.Susah, kita sama-sama lalui.
Maafkan salah dan silap saya sepanjang berada di SKSS, halalkan makan dan minum selama saya di bumi nan indah ini.
SALAM INGATAN

RUZAIN SYUKUR MANSOR
2007-2009
019-2103267

pas baca cayalah ade yang nitis ayak mate.

1 ulasan:

  1. Terima kasih cikgu Zainuri, kalau nak tau perkembangan saya, singgah ke blog saya tu, cuma nya entrynya agak kurang..www.akademipenulisbebas.wordpress.com moga terus berhubung

    BalasPadam