Kemahiran memasang khemah juga dipraktikkan.
Cooking Skill tema Perkhemahan Kokurikulum SK. Sawah Sempadan Tahun 2009. Perkhemahan diadakan pada 13 dan 14 November 2009 di padang sekolah. Tema ini digunapakai bagi menyediakan kemahiran memasak kepada semua peserta. Seramai 34 orang peserta perkhemahan dan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Perkhemahan dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Sekolah dibawah pengawasan GPK Kokurikulum, En. Said Adui b. Ramli dan dibantu oleh penyelaras perkhemahan En. Zulkufli b. Hj. Napiah. Manakala Tn. Hj. Mohd Ali b. Baharin selaku penasihat. En. Said Adui dibantu oleh Pn. Hjh. Alimah bt. Md. Yasam dan En. Khairul Affandi Muhammad.
Semangat betul Cikgu Said memberi petua memasak.
Antara chef yang membimbing peserta ialah Chef Zaidah, Chef Norzarilawati dan Chef Rohaidah. Lihat bagaimana para chef begitu sabar mengajar peserta untuk ke akademi 1001 Babas. Antara menu yang dibuat ialah ayam goreng bertepung, ayam masak kicap, ayam masak merah, mee goreng, mee hailam, air teh, teh o, sirap, rojak buah dan nasi.
Chef Zaidah membimbing peserta memotong bawang.
Chef Norzarilawati pula menunjuk cara menyediakan bahan untuk menumis.
Mesranya Chef Rohaidah dengan bakal peserta akademi 1001 Babas.
Chef merasa rojak buah yang disediakan peserta.
Peserta perkhemahan juga diajar cara-cara membasuh sayur, membasuh ikan dan ayam mengikut syariat. Kebersihan bahan masakan, peralatan masak, dapur dan persekitaran juga dititik beratkan. Kesemua aspek ini diawasi oleh 3ZACK iaitu En. Zulkufli, En. Zainal dan En. Zuraini. Terima kasih atas tunjukcara dan arahan yang diberikan kepada peserta demi menjamin kebersihan dan kesucian makanan.
Selain itu diadakan juga slot kerohanian pada sebelah malam, rekreasi serta kemahiran mengurus diri. Semoga semangat kerjasama dan mementingkan kebersihan akan terus dipraktikkan apabila peserta tamat sekolah rendah. Perkhemahan tamat pada 14 November 2009, 4.00 petang. Jumpa lagi tahun depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan