SK. Sawah Sempadan mula mengorak langkah untuk Memartabatkan Bahasa Melayu atau MBM dengan menyediakan satu pondok MBM. Pondok tersebut pada asalnya terletak di luar pagar kawasan sekolah dan kini dialihkan ke dalam kawasan sekolah. Mengikut perancangan pondok tersebut akan memuatkan pelbagai media dan maklumat yang berkaitan Bahasa Melayu selaras dengan konsep MBM. Pada 6 Jun 2009 pondok tersebut dialihkan ke dalam kawasan sekolah secara gotong royong yang melibatkan tenaga AJK PIBG, ibubapa, penduduk setempat dan warga sekolah. Terima kasih atas tenaga yang dicurahkan. Insyaallah tahun 2010 Pondok MBM akan berseri wajahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan