Sabtu, 28 November 2009

BADAN KEBAJIKAN SKSS 2009

Guru Besar selaku penasihat menyampaikan ucapan.
Jamuan Perpisahan anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah telah diadakan pada 23 November 2009. Jamuan diadakan untuk meraikan Ustaz Ruzain dan Ustazah Normasni yang bertukar sekolah serta Cik Norhidayah yang menamatkan perkhidmatan sebagai guru ganti. Ketiga-tiga mereka berpeluang untuk menyampaikan ucapan perpisahan. Rasa sebak dan sayu menyelinap di hati ahli badan apabila mendengar ucapan mereka. Semoga mereka lebih sukses di tempat baru. Guru Besar menyampaikan cenderamata badan dan PIBG kepada mereka. Terima kasih daun keladi kerana sudi berkhidmat di tempat kami.

Jumaat, 20 November 2009

PERHIMPUNAN AKHIR TAHUN 2009


20 November 2009 - Jumaat - Perhimpunan Akhir Tahun 2009 diadakan di gelanggang bolatampar pada pukul 7.45 pagi. Semua guru dan murid menghadiri perhimpunan. Perhimpunan itu memberi peluang kepada Ustaz Ruzain Syukur b. Mansor dan Ustazah Normasni bt. Maarof untuk berucap sebelum bertukar sekolah manakala Cik Norhidayah bt. Abd. Hamid akan menamatkan perkhidmatan guru ganti. Dalam majlis yang sama Nor Afiqa bt. Alias dan Siti Hajar bt. Rosli yang mendapat 5A UPSR menerima saguhati dari PIBG dan Pn. Hjh. Alimah bt. Md. Yasam. Di akhir perhimpunan semua murid termasuk murid tahun 6 bersalaman dengan semua guru. Selamat bertukar kepada Ustaz Ruzain dan Uztazah Normasni dan selamat maju jaya kepada Cik Norhidayah. Selamat menduduki tingkatan satu kepada murid tahun 6.

Pengumuman Keputusan UPSR 2009

Guru Besar Tn. Hj. Mohd Ali mengumumkan keputusan UPSR
Guru-guru sedang meneliti keputusan UPSR
Wajah riang adik Nor Afiqa Alias yang mendapat 5A
Wajah riang adik Siti Hajar Rosli yang mendapat 5A
Pn. Junaida Sudar ibu adik Nor Afika gembira menerima keputusan 5A. Sedang menghubungi suami En. Alias Ayob.

Keputusan UPSR 2009
tahniah
1. Nor Afiqa bt. Alias - 5A
2. Siti Hajar bt. Rosli - 5A
3. Ar Razzi b. Razali - 4A1B/BI
4. Fatin Syamira bt. Shamsull - 4A1B/BI
5. Amir Fariz Nasharuddin b. Sanuri - 4A1B/Sains
6. Noralia Syahira bt. Zahri - 4A1C/BI
7. Zul Azhan Fikry b. Shafii - 3A2B/BI dan Sains

Khamis, 19 November 2009

Jamuan Akhir Tahun - Tahun 6 Sesi 2009

19 November 2009 - Jamuan akhir tahun bagi tahun 6 - pas tu keputusan UPSR diumumkan kat sekolah. Tahniah buat Nor Afika Alias dan Siti Hajar Rosli yg dapat 5A juga pada mereka yg dapat 4A1B atau 4A1C serta yang lain-lain. Cikgu Zulkufli Hj. Napiah and the gang syabas atas segala daya usaha - jangan putus asa tahun 2010 sedia menanti. Makan tetap makan. Mari kita tengok ape kawan kita buat.

















hari anugerah kecemerlangan murid skss 2009

Cam biase tiap tahun ade hari anugerah kecemerlangan murid. Tahun ni agak meriah sikit ramai ibubapa datang baliknya pulak bawak beras, sabun, biskut dan minyak masak. aku gak yang melepas, tapi tak pe dapat hamper taklah hampa.
Tahun 2009 perasminya Tuan DO Ybhg. Tn. Hj. Misri b. Hj. Idris dan diiringi Tn. Hj. Faidzullahb. Abd. Ghani Penghulu Mukim Tg. Karang 2. Terima kasih sudi hadir semoga dataran kejat kita nanti bertar. Terima kasih tak terhingga pada kawan-kawan yang komited dari awal sampai akhir - dari USJ sampai ke sawah. Tapi agak rasa kurang ade kawan yang gi kursus kat Klang.
Pada GB dan PK semoga gembira dengan apa yang telah kami uruskan. Rasanya itulah saja yang kami mampu dah all out kata orang. Kalau ade yang kurang bagi tau. Tataplah rakaman HAKM pada 18 November 2009. Lupe lak, pada murid-murid yang dapat hadiah dan anugerah tahniah diucapkan. Moga lebih sukses 2010 nanti.

ustaz ruzain syukur bertukar sekolah

Ustaz Ruzain Syukur b. Mansor adalah seorang guru j-QAF yang banyak idea dan kreatif, disenangi oleh rakan dan murid-murid. SK.Sawah Sempadan berasa berat hati melepaskan beliau tapi apakan daya beliau terpaksa bertukar jua. Jangan lupa kami ye.

Kat sini ade PERUTUSAN KENANG-KENANGAN dari ustaz.

Assalamualaikum,
Pertama-tamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk mencoretkan sesuatu sebagai kenang-kenangan di blog SKSS yang indah ini. Tahniah buat Cikgu Zainuri yang menyediakan wadah untuk saya terus mengetahui perkembangan Sawah Sempadan yang bakal dirindui nanti.
Di kesempatan ini, saya memohon ribuan ampun dan maaf kerana terpaksa 'berhijrah' ke tempat baru yang saya sendiri agak berdebar menghadapinya.SK Telok Menegon, sekolah di pinggir Bandar Klang, dua sesi persekolahan serta mungkin dengan murid mencecah seribu orang rasanya.Tanggungjawab dan cabaran yang pasti berlipat kali ganda hebat.
Berada di Sawah Sempadan merupakan suatu nostalgia yang pasti tidak dapat dilupakan.Ketenangannya, sawah padinya menghijau, mesin bajaknya yang mengujakan anak murid saya, musim panennya, kenangan memandu ala formula one mengelak becak musim penen, main kejar kejar mengelak bertembung dengan mesin padi, masyarakatnya yang ramah, kenangan sukan sekolah 2 hari 2 malam, beraya sakan sehari semalam, camping dengan barbeque sotong dan ketamnya,air cincau kak Wok,warga guru yang begitu friendly, watak yang menyenangkan, suasana yang pasti saya rindui nanti.
Tiada cacat celanya keadaan di Sawah Sempadan.Keputusan yang amat berat ini saya ambil sebenarnya bersandar di atas kelemahan dan kekurangan saya sendiri.Hanya Allah sahaja yang mengetahui apakah HIKMAH di sebalik semua ini.Moga-moga Allah membimbing saya untuk terus konsisten dengan keputusan yang di ambil ini.
Saya berdoa agar Program j-QAF akan terus berjaya dengan usaha guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF serta semua warga guru dan pentadbir yang sememangnya berdedikasi.Maafkan saya kerana mengundur diri ketika program ini masih berbaki 3 tahun lagi untuk diselesaikan.Pasti ada hikmah di sebalik yang saya sendiri belum ketemu jawapannya
Jutaan terima kasih kepada warga guru Sawah Sempadan yang banyak membimbing saya sejak berada di dalam latihan lagi.
Tn. Guru Besar, Cikgu Ali yang sentiasa memberikan dorongan.Watak yang saya sanjungi.dalam tegasnya bervisi.Keterbukaannya menakjubkan saya.
Cikgu Alimah dengan watak keibuannya.
Cikgu Said dan Cikgu Khairul yang sentiasa membantu.
Sifu seperti Cikgu Zainal, Cikgu Zainuri, Ustazah Marumi-anda memang kaya dengan pengalaman.Terima kasih kerana membimbing saya.
Guru Panitia Agama Ustaz Mazlan, Ustzh Marumi, Ustzh Azizah-terima kasih di atas bimbingan kalian.
Buat Cikgu Zul , C.Helmi, Sir Ali, C.Hisham, C.Rosseri, C.Rohimi, C.Adanan, C.Rosseri
C,Jamhari, C.Zuraini,C.Mokhtar-anda sememangnya rakan dan sahabat yang baik.
Begitu juga C.Fadilah, C.Mislizah, C.Rohana,C.Zaidah, C.Rohaidah,C. Jamiiyah, C.Wati,K.Nita, K.Mala- kalian juga tidak akan dilupakan.
Buat Che' Din -terima kasih kerana banyak membantu.
Tidak dilupakan Rakan se j-QAF Ustazah Masni dan Nisa'.Apalah kiranya j-QAF tanpa kalian.Terima kasih yang tidak terhingga dari Day 1 di SKSS, praktikum, musim pemantauan, mengisi e-Laporannya, Kem Bestari Solatnya, banyak lagi.Terima kasih kerana banyak membantu saya di kala senang dan susah.Kalian memang insan yang serba boleh.
Moga-moga SKSS akan terus maju, terus membangun anak bangsa.Saya cukup yakin dengan kemampuan guru-guru dan kakitangan sekolah ini untuk bangun bagi menuju puncak jaya.Jatuh, kita sama-sama bangun.Lemah, kita sama-sama bantu.Susah, kita sama-sama lalui.
Maafkan salah dan silap saya sepanjang berada di SKSS, halalkan makan dan minum selama saya di bumi nan indah ini.
SALAM INGATAN

RUZAIN SYUKUR MANSOR
2007-2009
019-2103267

pas baca cayalah ade yang nitis ayak mate.

Isnin, 16 November 2009

GURU j-QAF YANG DEDIKASI BERPINDAH


Mulai 1 Disember 2009 Puan Normasni bt. Maarof akan bertukar ke SK. Bayan Lepas Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang guru j-QAF yang rajin dan dedikasi dalam melaksanakan tugas. Setelah menabur bakti selama 3 tahun di SK. Sawah Sempadan kini beliau akan bertugas di tempat baru.



Walaupun beliau sorang guru j-QAF tetapi mempunyai bakat seni. Gemar melukis lukisan mural dan mencintai keceriaan sekolah.
Semoga segala jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan mendapat ganjaran dari yang Maha Esa. Jasa dan baktimu dalam ingatan.

tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan.