Isnin, 13 Mac 2017

PROGRAM MAJU DIRI MURID (PMD) TAHAP DUA


10, 11 , 12 Januari 2017 – Program Maju Diri untuk murid-murid tahap dua sekolah ini telah diadakan pada 10 hingga 12 Januari 2017. Program ini dikendalikan oleh En. Abdul Wahab b. Mohd Ishak dari Unit Bimbingan Sekolah. Guru-guru telah melaksanakan program mengikut modul yang telah ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat. Semoga murid tahun 4, 5 dan 6 lebih yakin dan bertanggungjawab sebagai seorang murid sekolah.

Selasa, 4 Januari 2011

Taklimat KSSR kepada penjaga tahun 1

Taklimat KSSR kepada penjaga murid tahun 1 telah diadakan pada 3 Januari 2011 pada pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Taklimat diadakan di dalam Makmal Komputer yang bertujuan mendedahkan 6 tunjang utama KSSR kepada penjaga. Taklimat disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Ali Baharin (Guru Besar) dan dibantu oleh En. Said Adui Ramli (GPK Koku)serta En. Zainuri Mat Taib (Guru Perpustakaan & Media).
Guru Besar sedang menyampaikan taklimat.


Gambar di bawah menunjukkan ibu bapa/penjaga murid tahun 1 sedang mendengar taklimat yang disampaikan.



Semoga taklimat yang disampaikan memberi kefahaman kepada semua penjaga dan memberi semangat kepada ibu bapa untuk berusaha mendidik anak-anak semasa di rumah disamping berganding bahu dengan guru-guru.

Isnin, 3 Januari 2011

Isnin - 3 Januari 2011 bersamaan 28 Muharam 1432H adalah hari pertama persekolahan sesi 2011. SK. Sawah Sempadan memulakan hari pertama dengan mengadakan perhimpunan. Dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Normazlan dan perhimpunan dimulai dengan Nasyid Asmaul Husna, bacaan doa, nyanyian Lagu Negaraku, lagu Kebangsaan Negeri Selangor, lagu sekolah dan bacaan ikrar.
Guru Besar; Tn.Hj.Mohd Ali b. Baharin menyampaikan ucapan pertamanya dengan menyentuh pelbagai aspek persekolahan disamping menyampaikan nasihat serta suntikan motivasi.

Barisan guru lelaki juga akan memikul tugas ke arah kecemerlangan.

Barisan guru-guru perempuan yang sentiasa komited dengan tugas.

Murid-murid mendengar ucapan dan nasihat guru besar.

Gelagat murid prasekolah yang pertama kali menjejakkan kaki di sekolah.

Dalam sibuk memikirkan tugas, kenalah relax sekali sekala.

Murid-murid mendengar ucapan dan nasihat guru besar.


Wajah Cikgu Helmi, Cikgu Zulkufli & Ustaz Mohd Normazlan yang serius.

Sabtu, 1 Januari 2011

tahun baru 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011
kepada semua warga SKSS

Semoga 2011 lebih sukses dalam semua bidang.
..... Insya allah .....


Isnin, 7 Jun 2010

HARI KELUARGA BKGKSKSS 2010

HARI KELUARGA BKGK SKSS 2010
Pada 29 hingga 30 Mei 2010 Badan Kebajikan Guru & Kakitangan SKSS telah mengadakan Hari Keluarga di Corus Paradise Port Dickson. Ahli badan menaiki sebuah bas dan 10 buah kereta. Rombongan bertolak dari sekolah pada jam 9.30 pagi dan sampai di Port Dickson pada jam 12.00 tgh. Berbagai acara diadakan.

acara kutip gula-gula

Acara tiup belon - sape yang paling gedi


Acara isi air dalam botol - tak aci emaknya tolong

Keluarga skss kelihatan riang di pantai pd

Big boss skss tn. hj. mohd ali baharin bersama keluarga skss






SEMANGAT SEMERAH PADI


SEMANGAT SEMERAH PADI - tema SK. Sawah Sempadan bagi Hari Guru 2010 peringkat daerah pada 1 Jun 2010 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Kuala Selangor . Seramai 30 orang guru dan staf turut serta, diketuai oleh Guru Besar Tn. Hj. Mohd Ali Baharin dan semua GPK. Semangat yang ditunjukkan merupakan simbol kesepakatan warga SKSS. Tahniah! semoga turut serta tahun depan.


Jumaat, 19 Februari 2010

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2010

13 Januari 2010 (Rabu) - Majlis Pelantikan bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Flying Squad telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Tn. Hj. Mohd Ali b. Baharin. Murid yang terlibat menerima watikah pelantikan dan membaca ikrar. Watikah disampaikan oleh GPK Kokurikulum (En. Said Adui Ramli), GPK HEM (En. Khairul Affandi Muhammad), GPK 1 (Pn. Hjh. Alimah Md. Yasam) dan Guru Besar (Tn. Hj. Mohd Ali Baharin). Diharap kepada semua murid yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan jujur dan amanah dengan bimbingan guru-guru.
Tn. Hj. Mohd Ali Baharin menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis.