Khamis, 29 Oktober 2009

AJK PIBG SESI 2009

  1. Tn. Haji Mohd Ali bin Baharin - Guru Besar/Penasihat PIBG
  2. En. Norazman b. Serin - YDP PIBG
  3. En. Zainuri bin Mat Taib - Setiausaha Kehormat PIBG
  4. En. Rosseri bin Mohd Dalemi - Bendahari Kehormat PIBG
  5. En. Jamhari bin Yahaya - AJK Guru
  6. En. Zainal bin Md. Alip - AJK Guru
  7. En. Zulkufli bin Haji Napiah - AJK Guru
  8. En. Mokthar bin Tasman - AJK Guru
  9. Pn. Rohaidah bt. Hj. Mohd Noor - AJK Guru
  10. En. Muridan b. Kasan - AJK Penjaga
  11. En. Roslan b. Jamaludin - AJK Penjaga
  12. En. Daroji b. Karison - AJK Penjaga
  13. En. Halim b. Saleh - AJK Penjaga
  14. Pn. Hjh. Paridah bt. Hasan - AJK Penjaga
  15. Pn. Nani Manis bt. Mohamed - AJK Penjaga
  16. En. Busran b. Emran - Pemeriksa Kira-kira
  17. Pn. Junaida bt. Sudar - Pemeriksa Kira-kira

PENTADBIR SEKOLAH

Tn. Hj. Mohd Ali b. Baharin
Guru Besar

Pn. Hjh. Alimah bt. Md. Yasam
Guru Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran

En. Khairul Affandi b. Muhammad
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Said Adui b. Ramli
Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Pn. Norbaizura bt. Senin - Pembantu Tadbir Rendah
En. Khairudin b. Kadiran - Pembantu Am Pejabat

PANORAMA SEKOLAH 2009

SKSS sekolah kami

Berhimpun putera dan puteri

Gedung menimba ilmu

Ke arah kami maju

Kepada guru-guru semua

Kami tumpahkan setia

Berusaha mencuba

Hingga ke mercu jaya

Amalkan agama

Patuh peraturan

Taat ibu bapa

Itulah amalan semua

Skss pembimbing harapan

Tak jemu kan pengetahuan

Tak jemu menempuh halangan

Ilmu cahaya hidup gemilang



SEJARAH SEKOLAH


Sebelum tahun 1964, anak-anak penduduk di sekitar Kampung Blok D, K, P dan V Sawah Sempadan terpaksa pergi bersekolah ke Sekolah Kebangsaan Tiram Burok, Sekolah Kebangsaan Seri Gambut dan ke Sekolah Kebangsaan Dato’ Manan. Keadaan ini telah menimbulkan masalah kepada penduduk di sekitar kawasan ini kerana anak-anak mereka terpaksa berulang-alik ke sekolah yang hampir 5 kilometer jauhnya.

Untuk mengatasi masalah tersebut penduduk kampung bersama ahli jawatankuasa kampung telah berbincang dan bermesyuarat untuk meminta didirikan sebuah sekolah di kawasan itu. Pada masa itu ketua kampung Blok D, K, P dan V Sawah Sempadan ialah Datuk Sidang Abdul Majid bin Omar.

Setelah perbincangan dibuat dengan wakil rakyat YB. Tn. Hj. Jamil sebidang tanah bersebelahan masjid telah dipilih. Tanah tersebut seluas 3 ekar yang dimiliki oleh penduduk kampung lalu dibeli oleh kerajaan dengan harga RM 1 000. Tempat itu dipilih kerana ia terletak di tengah kawasan perkampungan yang akan memudahkan anak-anak untuk datang ke sekolah.

Pada mulanya kawasan tanah sawah yang dibeli itu ditimbus sebahagian sahaja dengan tanah merah untuk didirikan sekolah. Sebahagian lagi masih tanah sawah dan di tanam padi yang diusahakan oleh pihak sekolah.

Pada pertengahan tahun 1963 bangunan sekolah yang pertama telah didirikan. Bangunan itu mengandungi satu blok bangunan batu yang menempatkan 4 bilik darjah dan satu ruang pejabat. Pada masa itu juga didirikan sebuah rumah guru. Tidak ada padang permainan.

Guru besar yang pertama ialah Encik Masuyar bin Jemarin. Bilangan guru seramai 5 orang termasuk guru besar dan seorang tukang kebun. Pejabat sekolah pula mempunyai seorang pembantu pejabat. Bilangan muridnya pula seramai 127 orang. Oleh kerana bilik darjah tidak mencukupi maka waktu persekolahan dibuat dua sesi iaitu pagi dan petang. Murid darjah 1 hingga darjah 4 bersekolah waktu pagi dan murid darjah 5 dan 6 bersekolah waktu petang.

Tahun 1964 Sekolah Blok D Sawah Sempadan dirasmikan oleh YB. Dato’ Kamaruzaman bin Ahmad wakil rakyat ketika itu. Dari tahun kesetahun bilangan murid semakin bertambah. Oleh kerana itu bangunan sekolah yang ada tidak dapat menampung bilangan murid yang ada. Bangunan sekolah yang kedua telah didirikan pada tahun 1970. Bangunan baru itu mengandungi 4 bilik darjah. Guru Besar ketika itu ialah Encik Ghafar bin Jamaludin.

Pertambahan bilangan murid yang bersekolah di sini telah menyebabkan bangunan sekolah yang ketiga didirikan pada tahun 1975. Bangunan dua tingkat itu mengandungi 5 bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah ruang pejabat dan sebuah setor Pendidikan Jasmani. Pada tahun 1980 guru besar yang ada bertukar dan digantikan oleh Encik Abdul Wahab bin Hanafiah.

Bangunan tambahan tersebut telah dirasmikan pada tarikh 15.10.1977 Menteri Besar Selangor YAB. Dato’ Hormat Rafei.

Selepas itu sekolah ini terus berkembang pesat dari segi pencapaian akademik. Bilangan muridnya semakin bertambah hingga menyebabkan kekurangan bilik darjah. Oleh kerana itu sebuah bangunan baru telah dibina dalam tahun 1985. Bangunan keempat sekolah ini adalah bangunan dua tingkat yang didirikan di atas tapak bangunan asal yang telah dirobohkan. Bangunan tersebut menempatkan 6 bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah bilik muzik, sebuah bilik pusat sumber sekolah, tandas guru dan tandas murid.

Keadaan di atas berkekalan sehingga tahun 1994 di mana bilangan muridnya seramai 445 orang dan jumlah gurunya pula seramai 23 orang. Sekolah dibantu oleh seorang pembantu tadbir, seorang pembantu am rendah dan tiga orang pekerja rendah awam.

Pada tahun 2002 sebuah makmal komputer telah dibina oleh kerajaan bagi tujuan pengajaran-pembelajaran berdasarkan ICT. Manakala pada tahun 2007 sekolah ini telah menerima pelbagai projek menaiktaraf bangunan dan persekitaran sekolah. Antaranya ialah menaiktaraf bangunan kantin, pusat sumber, dewan sementara, padang sekolah, pondok basikal, pondok pengawal keselamatan, dan pintu pagar sekolah. Ini bertujuan untuk menambah keselesaan warga sekolah semasa bertugas serta menambahbaik keceriaan.

Bagi tahun 2008 bilangan murid sekolah ini berjumlah 312 orang manakala bilangan guru seramai 30 orang. Bilangan kelas pula sebanyak 12 buah kelas dan 2 buah kelas untuk prasekolah. Sekolah ini mempunyai bilik-bilik darjah, pejabat, pusat sumber sekolah, makmal sains, bilik SPBT, makmal komputer, stor Pendidikan Jasmani, kantin, surau / bilik j-QAF, kelas pemulihan, bilik gerakan serta tandas guru dan murid. Bilik-bilik darjah telah dilengkapi dengan LCD projector, skrin, pembesar suara bagi memenuhi pengajaran sains matematik dalam bahasa Inggeris (eTEMS).