- Tn. Haji Mohd Ali bin Baharin - Guru Besar/Penasihat PIBG
- En. Norazman b. Serin - YDP PIBG
- En. Zainuri bin Mat Taib - Setiausaha Kehormat PIBG
- En. Rosseri bin Mohd Dalemi - Bendahari Kehormat PIBG
- En. Jamhari bin Yahaya - AJK Guru
- En. Zainal bin Md. Alip - AJK Guru
- En. Zulkufli bin Haji Napiah - AJK Guru
- En. Mokthar bin Tasman - AJK Guru
- Pn. Rohaidah bt. Hj. Mohd Noor - AJK Guru
- En. Muridan b. Kasan - AJK Penjaga
- En. Roslan b. Jamaludin - AJK Penjaga
- En. Daroji b. Karison - AJK Penjaga
- En. Halim b. Saleh - AJK Penjaga
- Pn. Hjh. Paridah bt. Hasan - AJK Penjaga
- Pn. Nani Manis bt. Mohamed - AJK Penjaga
- En. Busran b. Emran - Pemeriksa Kira-kira
- Pn. Junaida bt. Sudar - Pemeriksa Kira-kira
Blok D Sawah Sempadan, 45500 Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan. Tel/Faks - 0332601076
Khamis, 29 Oktober 2009
AJK PIBG SESI 2009
PENTADBIR SEKOLAH
PANORAMA SEKOLAH 2009
SKSS sekolah kami
Berhimpun putera dan puteri
Gedung menimba ilmu
Ke arah kami maju
Kepada guru-guru semua
Kami tumpahkan setia
Berusaha mencuba
Hingga ke mercu jaya
Amalkan agama
Patuh peraturan
Taat ibu bapa
Itulah amalan semua
Skss pembimbing harapan
Tak jemu kan pengetahuan
Tak jemu menempuh halangan
Ilmu cahaya hidup gemilang
SEJARAH SEKOLAH
Sebelum tahun 1964, anak-anak penduduk di sekitar Kampung Blok D, K, P dan V Sawah Sempadan terpaksa pergi bersekolah ke Sekolah Kebangsaan Tiram Burok, Sekolah Kebangsaan Seri Gambut dan ke Sekolah Kebangsaan Dato’ Manan. Keadaan ini telah menimbulkan masalah kepada penduduk di sekitar kawasan ini kerana anak-anak mereka terpaksa berulang-alik ke sekolah yang hampir 5 kilometer jauhnya.
Untuk mengatasi masalah tersebut penduduk kampung bersama ahli jawatankuasa kampung telah berbincang dan bermesyuarat untuk meminta didirikan sebuah sekolah di kawasan itu. Pada masa itu ketua kampung Blok D, K, P dan V Sawah Sempadan ialah Datuk Sidang Abdul Majid bin Omar.
Setelah perbincangan dibuat dengan wakil rakyat YB. Tn. Hj. Jamil sebidang tanah bersebelahan masjid telah dipilih. Tanah tersebut seluas 3 ekar yang dimiliki oleh penduduk kampung lalu dibeli oleh kerajaan dengan harga RM 1 000. Tempat itu dipilih kerana ia terletak di tengah kawasan perkampungan yang akan memudahkan anak-anak untuk datang ke sekolah.
Pada mulanya kawasan tanah sawah yang dibeli itu ditimbus sebahagian sahaja dengan tanah merah untuk didirikan sekolah. Sebahagian lagi masih tanah sawah dan di tanam padi yang diusahakan oleh pihak sekolah.
Pada pertengahan tahun 1963 bangunan sekolah yang pertama telah didirikan. Bangunan itu mengandungi satu blok bangunan batu yang menempatkan 4 bilik darjah dan satu ruang pejabat. Pada masa itu juga didirikan sebuah rumah guru. Tidak ada
Guru besar yang pertama ialah Encik Masuyar bin Jemarin. Bilangan guru seramai 5
Tahun 1964 Sekolah Blok D Sawah Sempadan dirasmikan oleh YB. Dato’
Pertambahan bilangan murid yang bersekolah di sini telah menyebabkan bangunan sekolah yang ketiga didirikan pada tahun 1975. Bangunan dua tingkat itu mengandungi 5 bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, sebuah ruang pejabat dan sebuah setor Pendidikan Jasmani. Pada tahun 1980 guru besar yang ada bertukar dan digantikan oleh Encik Abdul Wahab bin Hanafiah.
Bangunan tambahan tersebut telah dirasmikan pada tarikh 15.10.1977 Menteri Besar Selangor YAB. Dato’ Hormat Rafei.
Selepas itu sekolah ini terus berkembang pesat dari segi pencapaian akademik. Bilangan muridnya semakin bertambah hingga menyebabkan kekurangan bilik darjah. Oleh kerana itu sebuah bangunan baru telah dibina dalam tahun 1985. Bangunan keempat sekolah ini adalah bangunan dua tingkat yang didirikan di atas tapak bangunan asal yang telah dirobohkan. Bangunan tersebut menempatkan 6 bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah bilik muzik, sebuah bilik pusat sumber sekolah, tandas guru dan tandas murid.
Keadaan di atas berkekalan sehingga tahun 1994 di mana bilangan muridnya seramai 445 orang dan jumlah gurunya pula seramai 23 orang. Sekolah dibantu oleh seorang pembantu tadbir, seorang pembantu am rendah dan tiga orang pekerja rendah awam.
Pada tahun 2002 sebuah makmal komputer telah dibina oleh kerajaan bagi tujuan pengajaran-pembelajaran berdasarkan ICT. Manakala pada tahun 2007 sekolah ini telah menerima pelbagai projek menaiktaraf bangunan dan persekitaran sekolah. Antaranya ialah menaiktaraf bangunan kantin, pusat sumber, dewan sementara,
Bagi tahun 2008 bilangan murid sekolah ini berjumlah 312 orang manakala bilangan guru seramai 30 orang. Bilangan kelas pula sebanyak 12 buah kelas dan 2 buah kelas untuk prasekolah. Sekolah ini mempunyai bilik-bilik darjah, pejabat, pusat sumber sekolah, makmal sains, bilik SPBT, makmal komputer, stor Pendidikan Jasmani, kantin, surau / bilik j-QAF, kelas pemulihan, bilik gerakan serta tandas guru dan murid. Bilik-bilik darjah telah dilengkapi dengan LCD projector, skrin, pembesar suara bagi memenuhi pengajaran sains matematik dalam bahasa Inggeris (eTEMS).